Pages

Saturday, 20 April 2024

HAK JIRAN YANG SERING DILUPAKAN OLEH MASYARAKAT MODEN SEKARANG



MPU23012 PENGAJIAN ISLAM


Disediakan oleh :

NUR AYUNI MAISARAH BINTI ABDUL AZIZ (04DPM23F1072)
FARAH IZZAH BINTI KAMALULHAKIM (04DPM23F1076)
DARISSA BALQISH BINTI MOHAMAD AZWANI (04DPM23F1096)



PENGENALAN

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog kami. Tujuan kami menulis blog ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang satu hak jiran yang sering dilupakan oleh masyarakat moden sekarang. Seperti yang kita tahu, dalam Islam seorang jiran mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap jirannya yang lain. Maka oleh itu, pada zaman moden ini ramai yang sering mengabaikan hak dan tanggungjawab mereka terhadap jiran dan sesama manusia.


DEFINISI JIRAN

  • Orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di sebelah kanan, di kiri, di depan, di belakang, di tingkat atas dan di tingkat bawah sehingga 40 buah rumah dari setiap sudut.
  • Dari segi bahasa jiran berasal dari perkataan arab yang membawa maksud orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
  • Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, kampung, daerah malahan lebih besar dari itu iaitu jiran bersebelahan dengan negara.



KEPENTINGAN DALAM BERJIRAN 

  • 1) Bantuan paling cepat dalam kecemasan 
Orang yang paling dekat dengan kita adalah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita iaitu jiran kita. Apabila kita ditimpa musibah atau berlaku kecemasan, jiran adalah orang yang paling penting dan diperlukan pada ketika itu. Itulah sebabnya mengapa kita perlu berbuat baik kepada jiran kita kerana kita tidak tahu musibah apa yang akan menimpa kita suatu masa kelak. Jika kita, sudah tentu kita sukar untuk mendapat pertolongan jiran diasaat kita memerlukan.


  • 2)  Membantu menjaga rumah kita disaat kita tiada dirumah 
Jika kita berbaik dengan jiran kita, kita seharusnya tidak perlu risau untuk meninggalkan rumah kita sama ada untuk pergi bekerja, balik kampung atau bercuti kerana kita boleh meminta tolong jiran untuk menjaga dan memerhati keadaan rumah kita.


  • 3) Saling memerhati keadaan sekeliling 
Betapa beruntungnya bagi sesiapa yang tinggal dikelilingi oleh jiran yang ramai, hal ini kerana kita tidak tahu musibah dan malapetaka yang berlaku disekeliling kita, maka kita saling memerlukan bantuan dan perhatian sesama jiran untuk saling menjaga kawasan kejiranan. Hal ini boleh mengurangkan kes jenayah yang berlaku di kawasan kejiranan kerana mereka pasti risau akan diperhatikan oleh orang sekeliling.



CABARAN HIDUP BERJIRAN 

  • 1) Tidak Menjaga Kebersihan 
pembuangan sampah yang tidak sistematik menjadi cabaran utama dalam hidup berjiran. Hal ini kerana jiran mungkin akan terganggu dengan bau busuk yang keluar dari sampah jika kita tidak melupuskannya dengan cara yang betul lebih-lebih lagi kita membiarkan sampah berada luar rumah kita terlalu lama tidak dibuang dengan segera. Selain itu, pembuangan sampah di merata tempat seperti kawasan persekitaran rumah jiran juga merupakan perkara yang tidak bermoral dan tidak seharusnya berlaku.


  • 2) Bunyi Bising 
Jiran pasti akan terganggu dan merasa tidak selesa jika kita selalu membuat bising. Lebih-lebih lagi ditengah malam sewaktu orang lain hendak tidur, atau bunyi yang terlampau kuat dari kenderaan kita. Hal ini akan menggangu waktu rehat jiran.


  • 3) Mengambil Hak Jiran 
Isu ini terjadi tanpa kita sedar. Kadang kala kita menanam tanaman dikawasan tanah jiran, ataupun kita meletakkan kenderaan dihadapan rumah jiran dan menggangu kawasan jiran. Hal ini semestinya menimbulkan ketidak senangan jiran dengan sikap kita. 

Oleh itu, kita haruslah peka dan berfikir secara logik alat dalam menjaga hubungan dengan jiran kita.


ADAB BERJIRAN DAN HIKMAH BERAKHLAK DENGAN JIRAN

Seni berjiran kini sudah semakin hilang apabila manusia semakin sibuk hanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak sendiri. Budaya senyum dan bertegur sapa sesama jiran tetangga semakin hilang. Budaya memberi makanan dan hadiah kepada jiran tetangga semakin hilang. Sensitiviti dan commence sense juga semakin hilang. Kita hanya menuntut hak dan lupa memberi hak kepada jiran.

Jika kita mempunyai jiran yang baik, boleh bertegur sapa, saling beri memberi, saling memahami sensitiviti masing-masing, boleh memberi kerjasama dan bertolak ansur maka bersyukurlah kerana itulah sebahagian daripada kebahagiaan dalam hidup. Doalah agar dijauhkan daripada dapat jiran-jiran yang buruk akhlak dan tiada sensitiviti dalam diri mereka.

Antara adab-adab berjiran :

  • Memberi salam
  • Bertegur sapa
  • Nasihat menasihati
  • Jaga dan fahami sensitiviti jiran
  • Jangan ambil/gunakan hak jiran tanpa izin
  • Tidak menyakiti jiran sama ada dalam perbuatan atau kata-kata
  • Menolong dan bersedekah jika mereka miskin
  • Menutup aibnya
  • Berkongsi hadiah dengan jiran tetangga





HAK TERHADAP JIRAN SEMAKIN DIABAIKAN

Berbuat baik kepada jiran adalah tuntutan agama. Bahkan perintah itu disebut dengan diikat bersama perintah Allah dan tidak melakukan syirik. Ia menggambarkan satu perintah yang besar dan tidak boleh dipandang remeh seperti mana yang disebut dalam surah al-Nisa', ayat 36.

Berbuat baik kepada jiran dan menjadi jiran yang baik mempunyai kaitan dengan kualiti iman kita. Kesempurnaan iman seseorang bukan hanya bergantung kepada sejauh mana hubungannya dengan Allah SWT, bahkan ia juga dilihat bagaimana hubungannya dengan manusia yang lain termasuk jiran terdekat.

Sebab itu Rasulullah SAW berpesan: "Sesiapa yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya." (Riwayat Muslim)


Jangan abaikan perasaan jiran

Seseorang yang mengambil berat tentang hubungannya dengan Allah, sentiasa beribadah, rajin solat berjemaah di masjid, selalu ikuti pengajian agama, melazimi berpuasa sunat, berdamping dengan al-quran, mengamalkan zikir-zikir harian dan sebagainya sebenarnya belum terjamin kesempurnaan imannya sekiranya hubungannya dengan jiran diabaikan.

Lebih malang, jika dia menjadi jiran yang tidak disenangi oleh jiran-jirannya yang lain disebabkan tindakan atau kata-katanya.

Oleh itu, usah memandang remeh hubungan kita dengan jiran-jiran yang lain. Ia amat diberi perhatian oleh Islam hinggakan Nabi Muhammad SAW bersabda, "Jibril sentiasa berpesan kepadaku agar berlaku baik kepada jiran sehingga aku menyangka bahawa jiran akan boleh mewarisi hartaku." (Riwayat al-Bukhari)

Hakikatnya, jiran bukanlah termasuk dalam senarai ahli keluarga yang berhak mewarisi harta seseorang selepas  dia meninggal dunia. Namun, pesanan Jibril kepada baginda rasulullah SAW itu menunjukkan kedudukan jiran yang sangat penting dalam kehidupan kita.


KESAN DALAM MENGABAIKAN SIKAP BERJIRAN


Pelbagai perkara sering berlaku didalam kerukunan jiran tetangga. Masih ramai yang menonjolkan sikap dan sifat yang baik dalam pergaulan seharian yang melibatkan jiran, namun masih terdapat juga segelintir masyarakat yang tidak tahu menghormati jiran tetangga. Ini menyebabkan keruntuhan keharmonian dalam institusi kejiranan.


ANTARA KESAN DALAM MENGABAIKAN HAK JIRAN IALAH :

1. Tidak mendapat ketenangan hidup

Apabila kita tidak beradap dengan jiran, kita tidak akan mendapat ketenangan hidup apabila seringkali diselubungi rasa bersalah dan sering mewujudkan perkara-perkara negatif dalam minda hingga akhirnya wujud pula masalah hati yang tidak tenang.


2. Terpinggir daripada masyarakat

Masyarakat tidak akan bergaul dengan jiran yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati hati dan perasaan jiran tetangga. Selain itu, apabila tiadanya adab maka kita akan mengganggu ruang peribadi kejiranan kita.


3. Berlaku perselisihan faham antara jiran tetangga


Perkara ini dilihat cenderung berlaku apabila diantara jiran, tiada komunikasi yang baik malahan lebih membimbangkan apabila berlakunya fitnah dalam kalangan masyarakat setempat yang melibatkan jiran tetangga. Adakalanya, permusuhan itu tidak wujud dengan sendirinya tapi berpunca dari perselisihan faham yang tidak cuba dirungkaikan dengan pihak yang sepatutnya.


Sering kali hasil daripada perkongsian atau perbincangan dari masalah itu akan menemukan jalan penyelesaiannya. Amalan kejiranan yang baik pastinya akan menjadikan masyarakat bersatu dan hidup harmoni.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, jelaslah bahawa semangat kejiranan adalah amat penting dalam kehidupan kita. Jadilah jiran yang baik dan bertanggungjawab. Kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

Pada zaman moden ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah melayu "bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing". Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh.

Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera. Usaha memperkukuh tradisi hidup berjiran yang harmoni menjadi aset penting untuk membentuk sesebuah negara yang maju dan selamat.






SUMBER RUJUKAN

https://www.fadhilk.com/hak-jiran-tetangga-yang-semakin-dilupakan-ustaz-shamsuri-ahmad/

https://hakterhadapjiran.blogspot.com/

https://www.sinarharian.com.my/article/60592/sinar-islam/tak-sempurna-iman-jika-sakiti-perasaan-jiran

HAK JIRAN YANG SERING DILUPAKAN OLEH MASYARAKAT MODEN SEKARANG

MPU23012 PENGAJIAN ISLAM Disediakan oleh : NUR AYUNI MAISARAH BINTI ABDUL AZIZ (04DPM23F1072) FARAH IZZAH BINTI KAMALULHAKIM (04DPM23F1076) ...