Assalamualaikum kepada semua pembaca blog kami. Tujuan kami menulis blog ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang satu hak jiran yang sering dilupakan oleh masyarakat moden sekarang. Seperti yang kita tahu, dalam Islam seorang jiran mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap jirannya yang lain. Maka oleh itu, pada zaman moden ini ramai yang sering mengabaikan hak dan tanggungjawab mereka terhadap jiran dan sesama manusia.
DEFINISI JIRAN
- Orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di sebelah kanan, di kiri, di depan, di belakang, di tingkat atas dan di tingkat bawah sehingga 40 buah rumah dari setiap sudut.
- Dari segi bahasa jiran berasal dari perkataan arab yang membawa maksud orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
- Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, kampung, daerah malahan lebih besar dari itu iaitu jiran bersebelahan dengan negara.
- 1) Bantuan paling cepat dalam kecemasan
- 2) Membantu menjaga rumah kita disaat kita tiada dirumah
- 3) Saling memerhati keadaan sekeliling
- 1) Tidak Menjaga Kebersihan
- 2) Bunyi Bising
- 3) Mengambil Hak Jiran
Seni berjiran kini sudah semakin hilang apabila manusia semakin sibuk hanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak sendiri. Budaya senyum dan bertegur sapa sesama jiran tetangga semakin hilang. Budaya memberi makanan dan hadiah kepada jiran tetangga semakin hilang. Sensitiviti dan commence sense juga semakin hilang. Kita hanya menuntut hak dan lupa memberi hak kepada jiran.
Jika kita mempunyai jiran yang baik, boleh bertegur sapa, saling beri memberi, saling memahami sensitiviti masing-masing, boleh memberi kerjasama dan bertolak ansur maka bersyukurlah kerana itulah sebahagian daripada kebahagiaan dalam hidup. Doalah agar dijauhkan daripada dapat jiran-jiran yang buruk akhlak dan tiada sensitiviti dalam diri mereka.
Antara adab-adab berjiran :
- Memberi salam
- Bertegur sapa
- Nasihat menasihati
- Jaga dan fahami sensitiviti jiran
- Jangan ambil/gunakan hak jiran tanpa izin
- Tidak menyakiti jiran sama ada dalam perbuatan atau kata-kata
- Menolong dan bersedekah jika mereka miskin
- Menutup aibnya
- Berkongsi hadiah dengan jiran tetangga
Berbuat baik kepada jiran adalah tuntutan agama. Bahkan perintah itu disebut dengan diikat bersama perintah Allah dan tidak melakukan syirik. Ia menggambarkan satu perintah yang besar dan tidak boleh dipandang remeh seperti mana yang disebut dalam surah al-Nisa', ayat 36.
Berbuat baik kepada jiran dan menjadi jiran yang baik mempunyai kaitan dengan kualiti iman kita. Kesempurnaan iman seseorang bukan hanya bergantung kepada sejauh mana hubungannya dengan Allah SWT, bahkan ia juga dilihat bagaimana hubungannya dengan manusia yang lain termasuk jiran terdekat.
Sebab itu Rasulullah SAW berpesan: "Sesiapa yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya." (Riwayat Muslim)
Jangan abaikan perasaan jiran
Seseorang yang mengambil berat tentang hubungannya dengan Allah, sentiasa beribadah, rajin solat berjemaah di masjid, selalu ikuti pengajian agama, melazimi berpuasa sunat, berdamping dengan al-quran, mengamalkan zikir-zikir harian dan sebagainya sebenarnya belum terjamin kesempurnaan imannya sekiranya hubungannya dengan jiran diabaikan.
Lebih malang, jika dia menjadi jiran yang tidak disenangi oleh jiran-jirannya yang lain disebabkan tindakan atau kata-katanya.
Oleh itu, usah memandang remeh hubungan kita dengan jiran-jiran yang lain. Ia amat diberi perhatian oleh Islam hinggakan Nabi Muhammad SAW bersabda, "Jibril sentiasa berpesan kepadaku agar berlaku baik kepada jiran sehingga aku menyangka bahawa jiran akan boleh mewarisi hartaku." (Riwayat al-Bukhari)
Hakikatnya, jiran bukanlah termasuk dalam senarai ahli keluarga yang berhak mewarisi harta seseorang selepas dia meninggal dunia. Namun, pesanan Jibril kepada baginda rasulullah SAW itu menunjukkan kedudukan jiran yang sangat penting dalam kehidupan kita.
KESAN DALAM MENGABAIKAN SIKAP BERJIRAN
Pelbagai perkara sering berlaku didalam kerukunan jiran tetangga. Masih ramai yang menonjolkan sikap dan sifat yang baik dalam pergaulan seharian yang melibatkan jiran, namun masih terdapat juga segelintir masyarakat yang tidak tahu menghormati jiran tetangga. Ini menyebabkan keruntuhan keharmonian dalam institusi kejiranan.
ANTARA KESAN DALAM MENGABAIKAN HAK JIRAN IALAH :
1. Tidak mendapat ketenangan hidup
Apabila kita tidak beradap dengan jiran, kita tidak akan mendapat ketenangan hidup apabila seringkali diselubungi rasa bersalah dan sering mewujudkan perkara-perkara negatif dalam minda hingga akhirnya wujud pula masalah hati yang tidak tenang.
Perkara ini dilihat cenderung berlaku apabila diantara jiran, tiada komunikasi yang baik malahan lebih membimbangkan apabila berlakunya fitnah dalam kalangan masyarakat setempat yang melibatkan jiran tetangga. Adakalanya, permusuhan itu tidak wujud dengan sendirinya tapi berpunca dari perselisihan faham yang tidak cuba dirungkaikan dengan pihak yang sepatutnya.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa semangat kejiranan adalah amat penting dalam kehidupan kita. Jadilah jiran yang baik dan bertanggungjawab. Kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
Pada zaman moden ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah melayu "bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing". Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh.
Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera. Usaha memperkukuh tradisi hidup berjiran yang harmoni menjadi aset penting untuk membentuk sesebuah negara yang maju dan selamat.
https://www.fadhilk.com/hak-jiran-tetangga-yang-semakin-dilupakan-ustaz-shamsuri-ahmad/
https://hakterhadapjiran.blogspot.com/
https://www.sinarharian.com.my/article/60592/sinar-islam/tak-sempurna-iman-jika-sakiti-perasaan-jiran